DUNIA
Prabowo arah Gibran percepat tindakan bantuan bencana di Sumatera
Sebuah kawasan di Pidie Jaya, Aceh, Indonesia yang dilanda banjir pada 29 Nov lalu. - Foto REUTERS/Hendri
AGAM (Indonesia): Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka untuk mempercepat bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, lapor agensi berita ANTARA.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
"Saya diarahkan oleh Presiden untuk mempercepat pemulihan kawasan terjejas dan menyokong pengagihan bantuan logistik melalui darat, laut dan udara," katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Agam, Sumatera Barat pada Khamis.
Dalam sesi dialog bersama mangsa, Gibran menegaskan komitmen kerajaan pusat untuk segera memulihkan perkhidmatan komunikasi, fasiliti kesihatan, sekolah, jambatan dan jalan raya bagi memastikan kelancaran agihan makanan dan bahan api.
Beliau turut menggesa kerajaan tempatan, Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Polis (Polri), Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi berkaitan memastikan bekalan makanan serta air bersih mencukupi.
Beliau juga berterima kasih kepada penduduk yang berkongsi keperluan dan maklum balas, sambil memberi jaminan bahawa kerajaan akan bertindak atas setiap kebimbangan mereka.
Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi yang mengiringi Gibran berkata Agam merupakan daerah dengan jumlah mangsa tertinggi di wilayah itu, dengan bencana turut merosakkan rumah, ladang, sekolah serta pelbagai fasiliti awam.
Beliau juga berkata kerajaan akan terus memastikan bekalan makanan, air minuman dan pakaian mencukupi kepada mangsa, selain memulihkan bekalan elektrik, rangkaian komunikasi serta meneruskan usaha mencari mereka yang masih hilang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Presiden Indonesia arahkan Naib Presiden Gibran rakam untuk percepat bantuan kecemasan di Aceh, Sumatera Utara, dan Sumatera Barat.
- Gibran tegaskan komitmen kerajaan pulih perkhidmatan asas seperti komunikasi dan kesihatan serta pastikan bekalan logistik mencukupi.
- Gabenor Sumatera Barat pastikan bekalan makanan, air bersih, dan pakaian mencukupi kepada mangsa banjir dan tanah runtuh.
"Saya diarahkan oleh Presiden untuk mempercepat pemulihan kawasan terjejas dan menyokong pengagihan bantuan logistik melalui darat, laut dan udara," katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Agam, Sumatera Barat pada Khamis.
Dalam sesi dialog bersama mangsa, Gibran menegaskan komitmen kerajaan pusat untuk segera memulihkan perkhidmatan komunikasi, fasiliti kesihatan, sekolah, jambatan dan jalan raya bagi memastikan kelancaran agihan makanan dan bahan api.
Beliau turut menggesa kerajaan tempatan, Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Polis (Polri), Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi berkaitan memastikan bekalan makanan serta air bersih mencukupi.
Beliau juga berterima kasih kepada penduduk yang berkongsi keperluan dan maklum balas, sambil memberi jaminan bahawa kerajaan akan bertindak atas setiap kebimbangan mereka.
Gabenor Sumatera Barat, Mahyeldi yang mengiringi Gibran berkata Agam merupakan daerah dengan jumlah mangsa tertinggi di wilayah itu, dengan bencana turut merosakkan rumah, ladang, sekolah serta pelbagai fasiliti awam.
Beliau juga berkata kerajaan akan terus memastikan bekalan makanan, air minuman dan pakaian mencukupi kepada mangsa, selain memulihkan bekalan elektrik, rangkaian komunikasi serta meneruskan usaha mencari mereka yang masih hilang.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah arahan yang diberikan oleh Presiden Indonesia kepada Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka berkenaan bantuan kecemasan untuk penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh?
A: Presiden Indonesia mengarahkan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka untuk mempercepat bantuan kecemasan kepada penduduk terjejas banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara, dan Sumatera Barat. - Q: Apa yang dititikberatkan oleh Gibran Rakabuming Raka ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara di Daerah Agam, Sumatera Barat?
A: Gibran Rakabuming Raka menitikberatkan pemulihan kawasan terjejas dan sokongan pengagihan bantuan logistik melalui darat, laut, dan udara, serta memastikan kelancaran agihan makanan dan bahan api. - Q: Siapakah pihak-pihak yang digesa oleh Gibran Rakabuming Raka untuk memastikan bekalan makanan serta air bersih mencukupi bagi mangsa bencana?
A: Gibran Rakabuming Raka menggesa kerajaan tempatan, Agensi Mitigasi Bencana Nasional (BNPB), Polis (Polri), Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), dan agensi berkaitan memastikan bekalan makanan serta air bersih mencukupi bagi mangsa bencana.