awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prabowo kembali bertanding sebagai calon presiden Indonesia tahun depan

Agensi
Agensi
12/04/2018
05:13 MYT
Prabowo kembali bertanding sebagai calon presiden Indonesia tahun depan
Prabowo Subianto telah disahkan oleh Parti Gerindra untuk bertanding sebagai calon bagi pihak pembangkang dalam pilihan raya umum presiden Indonesia tahun depan. - REUTERS.
Indonesia bakal menyaksikan pertembungan semula antara Pengerusi Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto dengan Presiden Indonesia Joko Widodo untuk bertanding sebagai calon presiden pada tahun depan, lapor Reuters.
Prabowo Subianto telah disahkan oleh parti berkenaan untuk bertanding sebagai calon bagi pihak pembangkang dalam pilihan raya umum presiden Indonesia tahun depan.
Menurut Timbalan Pengerusi Parti Gerindra, Arief Poyuono, Prabowo telah menerima mandat daripada parti berkenaan untuk bertanding sebagai calon presiden.
“Kami telah mengesahkan bahawa Prabowo bersedia untuk bertanding sebagai calon presiden pada pilihan raya presiden tahun depan,” katanya.
Menurut jurucakap Parti Gerindra, Irawan Ronodipuro, Prabowo telah menerima mandat parti berkenaan pada Rabu petang.
Prabowo muncul untuk memperbaiki prospek politiknya sewaktu beliau hadir untuk memberikan sokongan terhadap bekas Menteri Pendidikan Indonesia, Anies Baswedan bagi memenangi kerusi jawatan gabenor Jakarta pada tahun lepas.
Namun begitu, bekas jeneral itu menggunakan sentimen agama dan perkauman dalam kempennya untuk menjatuhkan bekas Gabenor Jakarta berbangsa Cina, Basuki Tjahaja Purnama.
Sebelum ini, pilihan raya presiden lepas telah menyaksikan Prabowo kalah tipis di tangan Jokowi untuk merebut jawatan presiden negara republik itu pada tahun 2014.
Jokowi yang juga seorang bekas jurujual perabot merupakan presiden Indonesia yang pertama datang daripada latar belakang luar golongan elit politik dan tentera.
Jokowi mendapat sokongan daripada lima parti negara berkenaan dan sehingga kini, tinjauan umum menyatakan beliau masih mendapat sokongan yang ramai daripada masyarakat Indonesia.
Sejak Jokowi menyandang jawatan presiden Indonesia, beliau telah bertungkus-lumus dalam usaha meningkatkan sektor infrastruktur, walaupun ekonomi di negara berkenaan hanya mencatatkan pertumbuhan sebanyak lima peratus dan belum mencapai sehingga tujuh peratus seperti yang dijanjikan dalam kempennya pada tahun 2014.
Topic Berkaitan
#calon presiden
#Indonesia
#Joko Widodo
#Pemilu 2019
#pilihan raya presiden
#politik indonesia
#Prabowo Subianto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan