DUNIA
Prabowo saksikan pemulangan wang tunai rampasan rasuah RM3.38 bilion
Prabowo (tengah) semasa menghadiri majlis penyerahan dana pampasan itu. - Foto/ Sinar Harian/ Agensi
PRESIDEN Prabowo Subianto menyaksikan penyerahan dana pampasan negara sebanyak 13.25 trilion rupiah (RM3.38 bilion) hasil daripada kes rasuah kemudahan eksport minyak sawit mentah (CPO) dan produk sekundernya.
Penyerahan tersebut dilakukan oleh Peguam Negara ST Burhanuddin kepada Menteri Kewangan Purbaya Yudhi Sadewa, disaksikan oleh barisan kanan kerajaan termasuk Panglima TNI Jeneral Agus Subiyanto, Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin, Setiausaha Negara Prasetyo Hadi serta pemimpin lain dalam Kabinet Merah Putih dalam satu majlis simbolik di Ibu Pejabat Kejaksaan Agung Republik Indonesia (Pejabat Peguam Negara) pada Isnin.
Prabowo menyifatkan penyerahan dana tersebut sebagai 'tanda keazaman tinggi' beliau dalam memperkukuh tadbir urus negara dan menegakkan tindakan tegas terhadap amalan rasuah, khususnya dalam sektor kritikal yang mempunyai impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Peguam Negara, Burhanuddin pula menegaskan bahawa tindakan ini memberi isyarat jelas bahawa kerajaan akan memfokus terhadap kes yang bukan sahaja melibatkan kerugian besar kepada negara namun juga secara langsung menjejaskan kehidupan rakyat antaranya dalam industri garam, gula dan keluli.
Dana ini adalah sebahagian daripada kerugian negara sebanyak 17 trilion rupiah (RM 4.34 bilion) dalam kes yang melibatkan beberapa syarikat sawit terkemuka, termasuk Wilmar Group, Musim Mas Group dan Permata Hijau Group dengan 13.25 trilion rupiah dibayar dalam tunai dan baki 4 trilion rupiah (RM1.02 bilion) ditangguh sebagai cagaran.
Majlis penyerahan ini memberi satu imej kemenangan politik dan ekonomi bagi kerajaan Prabowo menonjolkan bahawa tadbir urus negara bukan hanya janji tetapi turut diterjemahkan secara konkrit melalui pemulihan aset negara dan tindakan ke atas pelaku rasuah. - Sinar Harian/ Agensi