Skip to main content

Dunia

Prabowo umum rombakan kabinet, lantik ketua baharu agensi pengurusan bencana

Presiden Indonesia Prabowo Subianto melantik Kristomei Sianturi sebagai Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam rombakan kabinet ketiga bulan ini. -Gambar fail
Presiden Indonesia Prabowo Subianto melantik Kristomei Sianturi sebagai Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam rombakan kabinet ketiga bulan ini. -Gambar fail

Advertisement

Ringkasan AI

  • Presiden Indonesia Prabowo Subianto melantik Kristomei Sianturi sebagai Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam rombakan kabinet ketiga bulan ini.
  • Pelantikan berlaku ketika lima suspek, termasuk adik bekas ketua BNPB, ditahan berkaitan kes rasuah dana kesiapsiagaan bencana agensi itu.
  • Beberapa timbalan menteri baharu turut dilantik melibatkan portfolio pertahanan, pertanian, imigresen serta ketua agensi pengurusan tanah gambut dan bakau kebangsaan.

JAKARTA: Presiden Indonesia Prabowo Subianto melantik ketua baharu agensi pengurusan bencana negara itu pada Khamis dalam rombakan kabinet ketiga dalam tempoh sebulan, lapor CNA.

Kristomei Sianturi dilantik menggantikan Suharyanto sebagai Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), agensi yang memainkan peranan penting dalam usaha menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatra.

Kristomei ialah seorang pegawai tentera yang sebelum ini memegang jawatan Komandan Komando Resimen Militer Regional Radin Inten sejak Ogos tahun lalu.

Pelantikan itu dibuat ketika Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) menahan lima suspek berhubung kes rasuah perolehan barangan dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan dana kesiapsiagaan bencana BNPB.

Salah seorang suspek, Bima Setyawan, merupakan adik kepada Suharyanto yang menerajui BNPB sejak 2021.

Selain itu, Prabowo turut melantik beberapa timbalan menteri baharu melibatkan portfolio pertahanan, pertanian dan imigresen.

Yusuf Jauhari dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan bagi logistik, industri pertahanan dan teknologi, manakala Richard Tampubolon memegang portfolio strategi, doktrin dan pembangunan pasukan.

Alim Setiawan pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian, manakala M Maulana Bungaran menjadi Timbalan Menteri Imigresen yang baharu.

Satyawan Pudyatmoko turut dilantik mengetuai agensi pengurusan tanah gambut dan bakau kebangsaan selepas sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Jeneral Pemuliharaan Sumber Asli dan Ekosistem di Kementerian Perhutanan.

Dalam perkembangan berkaitan, Tandyo Budi Revita dilantik sebagai Ketua Staf Angkatan Darat (KSAD) yang baharu menggantikan Maruli Simanjuntak yang kini memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Rombakan itu merupakan rombakan kabinet ketiga dalam tempoh sebulan dan yang kelapan sejak Prabowo mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia pada 20 Okt 2024.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) yang baharu? 
    A: Kristomei Sianturi dilantik sebagai Ketua BNPB yang baharu menggantikan Suharyanto.
  • Q: Apakah peranan utama BNPB dalam pengurusan bencana di Indonesia? 
    A: BNPB memainkan peranan penting dalam usaha menangani kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatra.
  • Q: Apakah kaitan kes rasuah dengan pelantikan baharu di BNPB? 
    A: Pelantikan baharu dibuat ketika Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) menahan lima suspek berhubung kes rasuah perolehan barangan dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan dana kesiapsiagaan bencana BNPB, termasuk adik kepada Suharyanto.
  • Q: Siapakah yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dan portfolio mereka? 
    A: Yusuf Jauhari dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan bagi logistik, industri pertahanan dan teknologi, manakala Richard Tampubolon memegang portfolio strategi, doktrin dan pembangunan pasukan.
  • Q: Berapa kali rombakan kabinet telah dilakukan sejak Prabowo menjadi Presiden Indonesia? 
    A: Rombakan ini merupakan rombakan kabinet ketiga dalam tempoh sebulan dan yang kelapan sejak Prabowo mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia pada 20 Oktober 2024.

Must Watch Video

Advertisement