INTERNATIONAL

Premis kitar semula di Taman Perindustrian Woodlands terbakar

Astro Awani 17/09/2022 | 04:00 MYT
api berjaya dikawal kira-kira jam 10 pagi, namun operasi memadam kebakaran masih diteruskan. - Foto Facebook/SCDF
SINGAPURA: Satu kebakaran dilapor berlaku pagi Sabtu di sebuah taman perindustrian di Woodlands.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam maklumannya di akaun Facebook berkata ia dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 8.40 pagi.


Kebakaran melibatkan longgokan besar sisa kitar semula itu menyebabkan kepulan asap hitam dilihat di udara.

Sebanyak 10 kenderaan kecemasan dan kira-kira 70 anggota bomba dikerah ke lokasi.

Menurut SCDF, api berjaya dikawal kira-kira jam 10 pagi, namun operasi memadam kebakaran masih diteruskan.

Kira-kira 25 pekerja telah mengosongkan premis itu sebelum ketibaan SCDF.

Sebagai langkah keselamatan, polis dan SCDF memindahkan kira-kira 90 orang dari premis berdekatan.

Premis yang terbakar dipercayai milik dua syarikat pengeluar produk plastik dan kontraktor pengubahsuaian, lapor The Straits Times.



#Singapura #premis kitar semula