awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
UPSR, PT3 dikaji semula: Ahli akademik cadang penambahbaikan
76 pesakit dirawat sehari: Amaran serius kesihatan jantung rakyat Malaysia - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Abbas gesa akhiri perang Gaza bagi wujudkan negara Palestin merdeka

Bernama
Bernama
25/09/2025
20:50 MYT
Presiden Abbas gesa akhiri perang Gaza bagi wujudkan negara Palestin merdeka
Abbas menegaskan bahawa Semenanjung Gaza adalah 'sebahagian daripada Palestin,' sambil menyatakan kepimpinan Palestin 'bersedia memikul sepenuhnya tanggungjawab pentadbiran dan keselamatan di wilayah itu.' - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa masyarakat antarabangsa pada Khamis supaya bertindak menghentikan perang Israel di Gaza bagi membuka jalan ke arah penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam ucapan video dari Ramallah ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-80 di New York, Abbas menyeru kuasa-kuasa dunia menyokong usaha Palestin mendapatkan keanggotaan penuh PBB.
Abbas merupakan antara 80 pegawai Palestin yang visanya dibatalkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat PBB minggu ini di New York secara fizikal.
"Langkah praktikal telah bermula dengan pelantikan sebuah jawatankuasa untuk merangka perlembagaan sementara sebagai persediaan peralihan daripada sebuah pihak berkuasa kepada sebuah negara sivil moden yang bebas daripada ekstremisme," katanya.
Abbas menegaskan bahawa Semenanjung Gaza adalah "sebahagian daripada Palestin," sambil menyatakan kepimpinan Palestin "bersedia memikul sepenuhnya tanggungjawab pentadbiran dan keselamatan di wilayah itu."
Pada November 2012, Perhimpunan Agung PBB mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pemerhati bukan anggota.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Mahmoud Abbas
#Gaza
#Palestin
#Israel
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan