awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Abbas sambut baik langkah Portugal iktiraf Negara Palestin

Bernama
Bernama
02/08/2025
03:50 MYT
Presiden Abbas sambut baik langkah Portugal iktiraf Negara Palestin
Abbas sifatkan langkah Portugal sebagai tindakan positif dan berani yang menyokong usaha ke arah pelaksanaan penyelesaian dua negara dan mencapai keamanan berdasarkan legitimasi antarabangsa. - Gambar fail AP
RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat mengalu-alukan pengumuman kerajaan Portugal yang memulakan proses untuk mengiktiraf Negara Palestin, dengan pengiktirafan rasmi dijangka pada September ini, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Abbas menyifatkan langkah itu sebagai tindakan positif dan berani yang menyokong usaha ke arah pelaksanaan penyelesaian dua negara dan mencapai keamanan berdasarkan legitimasi antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.
"Kami menghargai langkah berani dan membina oleh kerajaan Portugal yang bersahabat ini yang mengukuhkan laluan penyelesaian dua negara dan mengesahkan kesepakatan masyarakat antarabangsa mengenai keperluan untuk menamatkan penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin," kata Presiden Abbas.
Beliau turut memperbaharui gesaannya kepada semua negara yang masih belum mengiktiraf Negara Palestin agar mengambil langkah serius yang serupa demi menyokong keamanan.
Abbas turut menegaskan komitmen Palestin terhadap ikrar yang dibuat semasa persidangan antarabangsa peringkat tinggi mengenai penyelesaian damai isu Palestin dan pelaksanaan penyelesaian dua negara yang diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari 28 hingga 30 Julai 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahmoud Abbas
#Portugal iktiraf Palestin
#negara Palestin
#penyelesaian dua negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan