JERUSALEM: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan melawat Israel pada hari Rabu, menurut kenyataan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, pada awal pagi ini di Israel.
Blinken mengumumkan lawatan ini selepas lebih tujuh jam pertemuan beliau dengan kabinet perang Israel.
Lawatan Setiausaha Negara ke Israel adalah sebahagian daripada lawatan singkat beliau ke tujuh negara di Timur Tengah, ketika Israel nampaknya bersedia untuk meneruskan perancangan pencerobohan darat ke Gaza dan konflik tersebut berpotensi meluas ke bahagian lain wilayah tersebut.
Dalam lawatan ke Israel, Biden "akan mendengar daripada Israel bagaimana mereka akan menjalankan operasi dengan cara mengurangkan kematian orang awam dan membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk Gaza tanpa memberi manfaat kepada Hamas," kata Blinken.
Biden juga "akan mengukuhkan lagi solidariti Amerika Syarikat dengan Israel dan komitmen kukuh kami terhadap keselamatan negara itu" dalam lawatan beliau pada hari Rabu ini, tambah Blinken.
"Presiden Biden akan sekali lagi menjelaskan, seperti yang telah beliau nyatakan sejak pembunuhan oleh Hamas lebih daripada 1,400 orang termasuk sekurang-kurangnya 30 warga Amerika, bahawa Israel mempunyai hak dan kewajipan untuk mempertahankan rakyatnya daripada (diserang) Hamas dan pengganas lain serta mencegah serangan masa depan," kata Blinken.
Biden juga tidak ketinggakan akan mendengar apa yang diperlukan oleh Israel untuk mempertahankan rakyatnya "sementara kami terus bekerja dengan Kongres untuk memenuhi keperluan tersebut," katanya.
Dalam masa sama, Biden "akan menekankan mesej yang jelas kepada mana-mana pihak, sama ada negara atau bukan, yang cuba memanfaatkan krisis ini untuk menyerang Israel: Jangan," kata Blinken, sambil menunjukkan langkah-langkah pencegahan yang telah diambil oleh AS.
Presiden Biden juga "akan terus berkoordinasi rapat dengan rakan Israel kami untuk memastikan pembebasan tawanan yang diambil oleh Hamas, termasuk lelaki, wanita, kanak-kanak kecil, orang yang selamat daripada Holocaust dan warganegara Amerika," kata Blinken lagi.
"Presiden Biden akan menerima taklimat menyeluruh mengenai matlamat perang dan strategi Israel," kata diplomat tertinggi AS itu.
Selain melawat Israel esok, Presiden AS juga akan melawat Jordan.
Di sana, beliau akan bertemu dengan sekumpulan pemimpin Timur Tengah yang penting termasuk Raja Abdullah II Jordan; Presiden Abdel Fattah el-Sisi Mesir dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, kata White House.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, John Kirby memberitahu wartawan, tumpuan lawatan Biden ke Jordan adalah bantuan kemanusiaan pada krisis yang semakin getir.
Kirby berkata, Biden juga "pasti akan mengulangi pendirian bahawa Hamas tidak mewakili hak rakyat Palestin untuk martabat dan penentuan nasib sendiri. Dan beliau akan membincangkan keperluan kemanusiaan semua penduduk Gaza sekali lagi."
Di Amman, Biden akan "menegaskan bahawa kami ingin terus bekerja dengan semua rakan kami di rantau ini, termasuk Israel, untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan dan sekali lagi untuk menyediakan laluan selamat bagi penduduk awam untuk keluar."
Keseluruhan lawatan akan berlangsung "dalam masa sehari," kata Kirby lagi. - Agensi
Agensi
Tue Oct 17 2023
Lawatan Joe Biden esok akan mengukuhkan lagi solidariti Amerika Syarikat dengan Israel. - Gambar fail AP
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.