[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Presiden Argentina 'baru'

Astro Awani 07/10/2013 | 23:56 MYT
Naib presiden Argentina Amado Boudou mengambil alih seketika pentadbiran negara itu.
Ia susulan presiden Cristina Fernandez yang terpaksa kembali ke hospital bagi menerima rawatan kecederaan kepalanya.
Doktor peribadi Fernandez mengarahkan beliau berehat sekurang kurangnya sebulan selepas dikesan menghidap hematoma subdura atau darah beku di antara bahagian otak dan tengkorak.
Fernandez dijangka menjalani pembedahan pada Selasa bagi mengeluarkan darah beku berkenaan di hospital Fundacion Favaloro.
Boudou dalam kenyataan pertamanya kepada kabinet sejurus memangku jawatan presiden mahu urusan pentadbiran berjalan seperti biasa. Selain itu, Boudou juga mengharapkan Fernandez segera sembuh.
#amado boudou #Argentina #Cristina Fernandez