Presiden Austria Van der Bellen angkat sumpah untuk penggal kedua

Bernama
Januari 27, 2023 02:40 MYT
Van der Bellen memenangi pilihan raya presiden pada Oktober tahun lalu dengan memperoleh 56.7 peratus undi. - Foto Twitter/@vanderbellen
VIENNA: Presiden Austria Alexander Van der Bellen mengangkat sumpah pada Khamis, memulakan penggal keduanya untuk tempoh enam tahun.
Van der Bellen memenangi pilihan raya presiden pada Oktober tahun lalu dengan memperoleh 56.7 peratus undi.
Beliau telah berkhidmat sebagai presiden Austria sejak 2017.
"Saya akan menunaikan kewajipan mengikut pengetahuan dan kepercayaan saya," kata lelaki berusia 79 tahun itu dalam ucapan perasmiannya di sidang parlimen di Vienna pada pagi Khamis, lapor Xinhua.
Canselor Austria Karl Nehammer kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Van der Bellen di media sosial, sambil berkata beliau tidak sabar untuk "meneruskan kerjasama yang baik" dengan presiden.
-- BERNAMA
#Alexander van der Bellen #angkat sumpah #penggal kedua #presiden