DUNIA
Presiden Brazil Lula desak Trump hapuskan tarif dan sekatan
Lula menegaskan Brazil merupakan satu daripada tiga negara G20 yang mengekalkan lebihan dagangan dengan AS, justeru menyeru supaya surcaj 40 peratus ke atas produk domestik Brazil dihapuskan.
BOGOTA (Colombia): Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Isnin mengadakan perbualan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, meminta penghapusan surcaj tarif terhadap barangan dari negaranya serta penarikan sekatan terhadap beberapa pegawai Brazil, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Perbualan antara kedua-dua pemimpin berlangsung dalam suasana mesra selama 30 minit, dan mereka mengenang kembali hubungan baik ketika berada di New York semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," menurut kenyataan rasmi kerajaan Brazil.
Perbualan itu tertumpu kepada usaha memulihkan hubungan dua hala yang kebelakangan ini semakin tegang serta menangani tindakan hukuman yang dikenakan AS terhadap Brazil.
Menurut kenyataan Lula di platform X, beliau segera membangkitkan isu ketegangan perdagangan sedia ada.
Lula menegaskan Brazil merupakan satu daripada tiga negara G20 yang mengekalkan lebihan dagangan dengan AS, justeru menyeru supaya surcaj 40 peratus ke atas produk domestik Brazil dihapuskan.
Lula turut berkata beliau meminta Trump menarik balik sekatan terhadap pegawai Brazil, termasuk pembatalan visa ke atas individu seperti Hakim Mahkamah Agung Alexandre de Moraes dan isterinya.
"Saya melihat hubungan langsung ini sebagai peluang untuk memulihkan semula persahabatan selama 201 tahun antara dua negara demokrasi terbesar di dunia Barat," kata Lula sambil menegaskan keperluan untuk memperbaiki keretakan diplomatik yang berlaku.
Kedua-dua pemimpin yang sebelum ini sempat bertegur sapa secara ringkas dan mesra semasa Perhimpunan Agung PBB -- detik yang disebut Trump sebagai menunjukkan "keserasian yang baik" -- bersetuju untuk melantik perunding peringkat tinggi bagi meneruskan rundingan.
Trump menamakan Setiausaha Negara Marco Rubio untuk mengetuai rundingan isu tarif itu, manakala Lula melantik Naib Presiden Geraldo Alckmin, Menteri Luar Mauro Vieira, dan Menteri Kewangan Fernando Haddad sebagai wakil Brazil.
Mereka juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara bersemuka dalam masa terdekat.
Lula mencadangkan pertemuan di Sidang Kemuncak ASEAN yang bakal berlangsung di Malaysia serta memperbaharui jemputan kepada Trump untuk menghadiri COP30 di bandar Belem, utara Brazil.
Trump dijangka melawat Malaysia sebagai sebahagian daripada siri lawatan ke Asia yang turut merangkumi Jepun dan Korea Selatan.
-- BERNAMA