SOFIA: Presiden Bulgaria, Iliana Iotova melantik Andrey Gurov sebagai Perdana Menteri sementara, menurut kenyataan pejabat media Iotova pada Rabu, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, Iotova akan menugaskan Gurov untuk mencadangkan pembentukan kerajaan sementara dalam satu majlis khas pada Khamis.
Advertisement
Perlembagaan negara itu tidak menetapkan tempoh masa khusus untuk Perdana Menteri sementara membentangkan senarai Kabinet, namun kebiasaannya ia mengambil masa kira-kira seminggu.
Jika Iotova meluluskan cadangan itu, kerajaan sementara berkenaan akan menggantikan kerajaan gabungan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Rosen Zhelyazkov, yang meletakkan jawatan pada Disember.
Sementara itu, mengikut perlembagaan, presiden dikehendaki menetapkan tarikh pilihan raya parlimen awal yang mesti diadakan dalam tempoh dua bulan.
Gurov kini adalah Timbalan Gabenor Bank Negara Bulgaria (BNB).
-- BERNAMA-XINHUA