awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh Bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
Champions League: Mbappe hantui bekas kelab, Real Madrid hentam Monaco 6-1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan

Bernama
Bernama
20/01/2026
21:50 MYT
Presiden Bulgaria serah surat letak jawatan
Rumen Radev mengumumkan akan menyerahkan surat peletakan jawatan ketika berucap di Presidency, Sofia, Bulgaria, 19 Jan 2026. REUTERS
SOFIA: Presiden Bulgaria Rumen Radev menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Mahkamah Perlembagaan negara itu pada Selasa, menurut maklumat yang disiarkan di laman sesawang mahkamah berkenaan, lapor Xinhua.
Mahkamah Perlembagaan dilaporkan telah membuka kes berhubung peletakan jawatan itu, katanya.
Radev pada Isnin mengumumkan bahawa beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan pada Selasa bagi membolehkan beliau bertanding dalam pilihan raya parlimen awal yang akan diadakan tidak lama lagi.
Susulan itu, Naib Presiden Iliana Iotova akan memikul tugas-tugas presiden bagi baki tempoh jawatan berkenaan.
Radev, yang dilahirkan pada 18 Jun 1963, mempunyai baki setahun lagi bagi penggal kedua jawatan presiden selama lima tahun. Beliau mula dipilih sebagai presiden pada November 2016, memenangi pilihan raya semula pada November 2021, dan memulakan penggal kedua berturut-turut sebagai Presiden Bulgaria pada 22 Januari 2022.
Iliana Iotova. REUTERS
Iliana Iotova. REUTERS
Mengikut perlembagaan negara itu, pilihan raya bagi memilih presiden baharu hendaklah dijalankan tidak lebih awal daripada tiga bulan dan tidak lewat daripada dua bulan sebelum tamat tempoh pentauliahan penyandang presiden.
Iotova, yang dilahirkan pada 24 Oktober 1964, merupakan naib presiden sepanjang dua penggal kepimpinan Radev. Sebelum memegang jawatan naib presiden, beliau mempunyai pengalaman politik yang luas termasuk sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan Biro Eksekutif Parti Sosialis Bulgaria, Ahli Parlimen Bulgaria, serta Ahli Parlimen Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bulgaria
#letak jawatan
#pilihan raya
#Rumen Radev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan