DUNIA
Presiden Colombia gesa Parlimen percepat RUU larang aktiviti askar upahan
Petro menggesa parlimen negara itu agar mempercepatkan perbahasan rang undang-undang bagi melarang aktiviti askar upahan. - Foto AP
MOSCOW: Presiden Colombia Gustavo Petro menggesa parlimen negara itu agar mempercepatkan perbahasan rang undang-undang (RUU) bagi melarang aktiviti askar upahan, susulan laporan bahawa sebuah pesawat yang membawa askar upahan Colombia ditembak jatuh di Sudan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya telah meminta agar rang undang-undang untuk melarang aktiviti askar upahan disegerakan... saya juga telah mengarahkan duta kita di Mesir untuk menyiasat berapa ramai warga Colombia yang terbunuh. Menurut laporan tidak rasmi, jumlahnya mungkin mencecah 40 orang. Kita akan cuba bawa pulang mayat mereka," katanya menerusi platform X.
Pada Rabu, stesen penyiaran Sudan TV melaporkan bahawa pasukan tentera Sudan telah menembak jatuh sebuah pesawat yang membawa rakyat Colombia semasa ia sedang mendarat di kawasan yang dikuasai kumpulan pemberontak separa tentera Rapid Support Forces.
Pada Julai lepas, Duta Rusia ke Bogota Nikolai Tavdumadze memberitahu RIA Novosti bahawa bilangan warga Colombia yang menyertai pasukan tentera Ukraine masih tinggi.
Beliau turut memaklumkan bahawa Parlimen Colombia sedang meneliti rang undang-undang untuk menyertai Konvensyen Antarabangsa Menentang Perekrutan, Penggunaan, Pembiayaan dan Latihan Askar Upahan.
Kementerian Pertahanan Rusia sebelum ini berulang kali memberi amaran bahawa Kiev menggunakan pejuang asing sebagai "umpan peluru", dan menyatakan bahawa pasukan tentera Rusia akan terus menyerang kumpulan askar upahan di seluruh Ukraine.
Warga Colombia yang terlibat dalam konflik turut melaporkan koordinasi yang lemah dalam pasukan tentera Ukraine, menjadikan kadar kelangsungan hidup dalam konflik berintensiti tinggi itu jauh lebih sukar berbanding di Afghanistan atau Timur Tengah.
-- BERNAMA