Presiden EU dakwa PM UK berbohong semasa kempen Brexit

Bernama
Oktober 25, 2019 04:10 MYT
Jean-Claude Juncker bercakap pada sidang media pada penghujung sidang kemuncak pemimpin EU di Brussels, Belgium, 18 Okt, 2019. REUTERS/Fail
Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Jean-Claude Juncker pada Khamis mendakwa Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson "berbohong" semasa kempen referendum Brexit, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Terlalu banyak "pembohongan" yang dilakukan mengenai realiti Eropah semasa kempen referendum itu, kata Juncker dalam satu forum di Brussels.
Beliau berkata Perdana Menteri UK ketika itu David Cameron meminta agar beliau tidak campur tangan dalam kempen referendum tersebut, sambil menambah bahawa ini adalah satu "kesilapan yang besar."
"Saya sepatutnya campur tangan kerana tiada siapa menafikan atau mencabar pembohongan yang dilakukan Boris Johnson dan disebarkan oleh yang lain," kata Juncker.
Para pengundi UK memutuskan untuk keluar dari EU dalam satu referendum pada 2016 dengan margin yang kecil.
-- BERNAMA
#Boris Johnson #Brexit #campur tangan #David Cameron #EU #Jean-Claude Juncker #Kesatuan Eropah #kesilapan #pembohongan #Referendum #United Kingdom