DUNIA
Presiden Filipina akan promosi negara 'seadanya' ketika jadi pengerusi ASEAN 2026
Marcos yakin negara-negara anggota ASEAN sudah mengiktiraf "keindahan Filipina", khususnya kerja keras dan sifat ramah rakyatnya. - Foto fail/AP
MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr menyatakan hasrat untuk mempromosikan Filipina "seadanya" apabila negara itu memegang jawatan Pengerusi ASEAN pada 2026, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Marcos berkata tiada keperluan untuk membuktikan nilai Filipina kepada negara jiran Asia Tenggara, sebaliknya fokus perlu diberikan kepada menunjukkan kemampuan sebenar negara itu.
"Saya mahu mereka melihat Filipina seadanya. Saya begitu berbangga dengan Filipina. Tidak perlu -- dalam ungkapan bahasa Inggeris disebut 'gilding the lily' -- menjadikannya lebih indah, kerana ia sudah indah," katanya dalam episod ketiga siri BBM Podcast bahagian keempat.
Beliau yakin negara-negara anggota ASEAN sudah mengiktiraf "keindahan Filipina", khususnya kerja keras dan sifat ramah rakyatnya.
Marcos berkata pentadbirannya kini berusaha mengukuhkan hubungan luar dengan negara lain.
"Apa yang saya benar-benar mahu tunjukkan ialah bahawa rakyat Filipina kini telah bersatu.
"Satu bentuk ikatan sosial sesama kita bahawa kita akan saling membantu kerana kita sedang menuju ke arah yang betul. Itulah perkara paling penting," katanya.
Dalam perutusannya sempena ulang tahun ke-58 penubuhan ASEAN, Marcos berikrar untuk meneruskan legasi blok itu dalam menangani keutamaan yang berubah-ubah dan cabaran baharu, ketika Filipina bersiap sedia mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
-- BERNAMA