awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran besar landa tapak kediaman menteri propaganda Nazi di Berlin
MOTAC, MOF bincang keperluan jaminan insurans untuk ejen pelancongan - Tiong
Pastikan setiap projek dilaksana segera, beri kesan kepada komuniti setempat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Filipina stabil, di bawah pemantauan selepas alami ketidakselesaan

Bernama
Bernama
22/01/2026
10:40 MYT
Presiden Filipina stabil, di bawah pemantauan selepas alami ketidakselesaan
Pegawai Media Istana berkata Ferdinand R. Marcos Jr. berada di bawah pemerhatian perubatan sepanjang malam sebagai langkah berjaga-jaga. - Bernama
MANILA: Keadaan kesihatan Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. dilaporkan stabil namun beliau kini berada di bawah pemerhatian perubatan selepas mengalami ketidakselesaan pada Rabu malam, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) yang memetik Pejabat Presiden di Istana Malacanang.
Dalam sidang media pada Khamis, Pegawai Media Istana Claire Castro berkata Marcos berada di bawah pemerhatian perubatan sepanjang malam sebagai langkah berjaga-jaga dan dinasihatkan oleh pasukan doktornya supaya berehat dan menjalani pemantauan.
"Presiden menghabiskan malam di bawah pemerhatian perubatan sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengalami ketidakselesaan. Doktor menasihatkan beliau supaya berehat dan dipantau manakala keadaannya kekal stabil," kata Castro.
Castro berkata beliau tidak mengetahui secara khusus jenis ketidakselesaan yang dialami Presiden.
Walaupun berada di bawah pemerhatian perubatan, Marcos tetap menjalankan tanggungjawabnya, katanya.
Castro memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada sebab untuk bimbang, sambil menyatakan bahawa Presiden masih mampu melaksanakan tugasnya.
"Kami juga perlu memaklumkan kepada anda tentang apa yang dialami Presiden malam tadi kerana sehingga awal pagi pun beliau masih bekerja," kata Castro.
"Kemungkinan besar apa yang dialami beliau ialah keletihan akibat bekerja," kata pegawai istana itu.
Castro berkata Marcos telah kembali ke Istana Malacanang dan dijangka mengadakan dua mesyuarat tertutup pada Khamis petang.
Perkembangan itu menyusul selepas Marcos tidak menghadiri majlis penganugerahan The Outstanding Young Men 2025 di Istana Malacanang pada pagi Khamis.
Setiausaha Eksekutif Ralph Recto menghadiri majlis itu bagi pihak Marcos.
Castro berkata sesi libat urus awam Marcos pada Jumaat mungkin akan diteruskan, tertakluk kepada nasihat doktornya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden filipina
#masalah kesihatan
#rawatan
#Ferdinand R Marcos Jr
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan