DUNIA

Presiden Indonesia mohon maaf tidak hadir ke China, Menteri Luar wakili di Sidang Kemuncak SCO

Astro Awani 02/09/2025 | 00:40 MYT
China sambut para pemimpin dunia yang akan hadiri KTT Organisasi Kerja Sama Shanghai (SCO), Indonesia diwakili Menlu Sugiono. - Foto X/Xinhua
BEIJING: Menteri Luar Indonesia, Sugiono, menyampaikan permohonan maaf rasmi daripada Presiden Prabowo Subianto kepada Presiden China, Xi Jinping, kerana tidak dapat menghadiri dua acara utama di Beijing minggu ini.


Ringkasan AI
  • Presiden Prabowo mohon maaf kepada Presiden Xi kerana tidak dapat hadir ke dua acara utama di Beijing.
  • Menteri Luar Sugiono wakili Indonesia dalam Sidang Kemuncak SCO dan perarakan ketenteraan atas jemputan rasmi China.
  • Kehadiran Indonesia tegaskan komitmen terhadap kerjasama serantau dan hubungan diplomatik dengan Beijing.


Acara tersebut ialah Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 1 September, serta perarakan ketenteraan sempena ulang tahun ke-80 kemenangan China dalam Perang Rakyat Menentang Agresi Jepun dan Perang Dunia Anti-Fasis yang dijadualkan pada 3 September.

Sugiono hadir mewakili Presiden Prabowo atas jemputan Presiden Xi Jinping, yang juga Pengerusi Bergilir SCO.

Dalam pertemuan dua hala, beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan China atas undangan dan sambutan mesra yang diberikan, khususnya daripada Presiden Xi sendiri.

Kehadiran Indonesia dalam acara berprofil tinggi ini mencerminkan komitmen berterusan terhadap kerjasama serantau dan hubungan diplomatik yang semakin erat antara Jakarta dan Beijing.






#Sugiono #Prabowo Subianto #Xi Jinping #Hari Kemenangan China