DUNIA
Presiden Indonesia Prabowo hadiri sidang kemuncak keamanan Gaza di Mesir
Kehadiran Prabowo dianggap penting untuk rundingan damai, dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut dijangka hadir bagi memperkukuh sokongan terhadap penyelesaian dua negara. - Foto fail/REUTERS
JAKARTA: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berlepas ke Mesir pada Ahad malam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza yang dijadual berlangsung di Sharm el-Sheikh, sebuah bandar peranginan di Laut Merah.
Ringkasan AI
Sidang kemuncak itu akan dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi, dan menghimpunkan lebih 20 pemimpin dunia bagi membincangkan cadangan penyelesaian konflik Gaza yang telah berlarutan selama dua tahun.
Menurut Menteri Setiausaha Negara Indonesia, Prasetyo Hadi, jemputan kepada Presiden Prabowo dibuat secara mendadak pada Sabtu, namun kehadiran beliau dianggap penting untuk kesinambungan rundingan damai.
“Mereka benar-benar meminta kehadiran Presiden Prabowo demi kelangsungan rundingan Gaza,” katanya kepada media di Jakarta.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut dijangka hadir dalam sidang kemuncak tersebut, yang dilihat sebagai peluang penting untuk memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap penyelesaian dua negara dan penamatan konflik bersenjata di wilayah Gaza.
Ringkasan AI
- Presiden Indonesia Prabowo Subianto berlepas ke Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza di Sharm el-Sheikh.
- Sidang dipengerusikan oleh Presiden AS Donald Trump dan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi, melibatkan lebih 20 pemimpin dunia bagi membincangkan penyelesaian konflik Gaza.
- Kehadiran Prabowo dianggap penting untuk rundingan damai, dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut dijangka hadir bagi memperkukuh sokongan terhadap penyelesaian dua negara.