[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Presiden Itali Sergio Mattarella akan jalani prosedur pasang perentak jantung

Bernama 16/04/2025 | 08:14 MYT
Mattarella, yang memegang jawatan sejak 2015 merupakan antara ketua negara paling lama berkhidmat di Eropah. - AP
ROM: Presiden Itali Sergio Mattarella dijadualkan menjalani prosedur implan perentak jantung, lapor agensi berita Itali ANSA pada Selasa memetik sumber perubatan, menurut laporan agensi berita Jerman, dpa.
Pembedahan yang akan dilakukan di Hospital Santo Spirito, Rom itu dilaporkan telah dirancang lebih awal dan keadaan kesihatan Presiden yang berusia 83 tahun itu berada dalam keadaan baik.
Pejabat Presiden turut mengesahkan prosedur berkenaan dan menegaskan bahawa tiada keperluan untuk berasa bimbang.
Bagaimanapun, tarikh sebenar prosedur belum didedahkan.
Mattarella, yang memegang jawatan sejak 2015 merupakan antara ketua negara paling lama berkhidmat di Eropah.
Beliau pernah berkhidmat selama 25 tahun di Dewan Perwakilan Itali dan memegang beberapa jawatan Kabinet termasuk Menteri Pendidikan (1989-1990) serta Menteri Pertahanan (1999-2001).
-- BERNAMA
#Sergio Mattarella #prosedur implan #perentak jantung #kesihatan #presiden itali