awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan dan PM Jepun beri penghormatan kepada mangsa bom atom

Bernama
Bernama
21/05/2023
10:35 MYT
Presiden Korea Selatan dan PM Jepun beri penghormatan kepada mangsa bom atom
Presiden Yoon Suk Yeol (kiri) dan PM Fumio Kishida menunduk sebagai tanda penghormatan kepada mangsa bom atom di Memorial Keamanan di Hiroshima. - AP
HIROSHIMA: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bersama-sama mengunjungi Hiroshima Peace Memorial Park untuk memberi penghormatan kepada mangsa pengeboman bom atom Hiroshima 1945, melambangkan komitmen kedua-dua pemimpin itu untuk meningkatkan hubungan dua hala, lapor Yonhap.
Menurut, Persatuan Mangsa Bom Atom Korea, dalam peristiwa itu, kira-kira 50,000 rakyat Korea menjadi mangsa termasuk 30,000 terbunuh, selepas ramai yang dibawa ke Jepun untuk bekerja sebagai buruh paksa semasa pemerintahan kolonial Semenanjung Korea pada 1910-45, menurut .
Yoon yang tiba di Hiroshima pada Jumaat untuk menghadiri Sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7), turut meluangkan masa bertemu dengan beberapa mangsa yang terselamat.
Tugu peringatan itu dibina pada tahun 1970 dengan pembiayaan penduduk Korea di Jepun dan pada awalnya tugu berkenaan terletak di luar kawasan taman. Pada tahun 1999, tugu berkenaan dipindahkan ke dalam kawasan taman atas permintaan penduduk Korea dan kumpulan sivik Jepun.
Selepas acara memberi penghormatan berakhir, kedua-dua pemimpin mengadakan sidang kemuncak, yang ketiga dalam tempoh dua bulan.
"Lawatan bersama kami untuk memberi penghormatan kepada mangsa bom atom Korea akan dikenang sebagai langkah berani oleh perdana menteri ke arah masa depan yang lebih aman," kata Yoon dalam ucapan pembukaan pada sidang kemuncak itu.
Yoon berharap kerjasama antara kedua-dua negara merangkumi aspek keselamatan ekonomi dan agenda global lain akan lebih mendalam.
Sementara itu, Kishida berkata lawatan itu "sangat penting" untuk hubungan Korea-Jepun demi memastikan dunia yang terus aman.
Beliau turut berharap dapat berbincang dengan Yoon mengenai bagaimana untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam isu global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom atom
#hiroshima
#PM Jepun
#Presiden Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan