DUNIA

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera

Bernama 03/12/2024 | 15:56 MYT
Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan," lapor agensi berita Yonhap. - Gambar Reuters/Kim Hong-Ji/Pool
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan," lapor agensi berita Yonhap.

"Undang-undang tentera ini bertujuan membanteras kumpulan pro-Korea Utara dan melindungi kestabilan perlembagaan berteraskan kebebasan," kata Yoon dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Langkah ini diambil selepas Parti Demokratik pembangkang meluluskan rang undang-undang belanjawan berskala kecil dalam jawatankuasa belanjawan parlimen, selain mengemukakan usul pendakwaan terhadap seorang juruaudit negara dan ketua pendakwa raya.

-- BERNAMA

#pembangkang #Rang Undang-Undang #Parlimen #Korea Selatan