awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan lawat bilik kecemasan, beri sokongan kepada kakitangan

Bernama
Bernama
05/09/2024
08:45 MYT
Presiden Korea Selatan lawat bilik kecemasan, beri sokongan kepada kakitangan
Doktor mengadakan mogok membantah rancangan kerajaan untuk meningkatkan kemasukan ke sekolah perubatan dan pembaharuan penjagaan kesihatan di Seoul. - Gambar fail/ Reuters
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol melakukan lawatan ke bilik kecemasan hospital pada lewat malam Rabu di tengah-tengah tekanan yang semakin meningkat ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan negara itu.
Lawatan itu untuk memberi sokongan moral terhadap kakitangan perubatan dan memberi jaminan kepada mereka tentang sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan, lapor agensi berita Yonhap.
Yoon melawat pusat perubatan kecemasan di wilayah Gyeonggi, berhampiran Seoul pada hari yang sama kerajaan mula mengerahkan doktor tentera dan doktor awam ke bilik kecemasan hospital di seluruh negara.
Lawatan Yoon itu dibuat sebagai respons terhadap kebimbangan yang semakin meningkat bahawa bilik kecemasan hospital mungkin kekurangan kakitangan semasa cuti lima hari Chuseok pada akhir bulan ini, berikutan mogok doktor muda yang membantah rancangan reformasi perubatan kerajaan.
Menurut kenyataan pejabat presiden, Yoon dalam lawatan itu menyatakan bahawa sistem kesihatan gagal memberi pampasan secukupnya kepada kakitangan perubatan bilik kecemasan, walaupun beban kerja mereka lebih mencabar berbanding rakan sejawat di jabatan lain.
Beliau turut menyatakan bahawa pekerja perubatan dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan penting, seperti di jabatan kecemasan, bersalin, pediatrik, dan rawatan rapi, tidak menerima pampasan yang adil.
Yoon berjanji untuk meningkatkan sokongan kerajaan dengan ketara bagi perkhidmatan penting itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#doktor muda
#kesan mogok
#punca mogok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan