DUNIA
Presiden Korea Selatan seru pelaksanaan berperingkat perjanjian antara Korea
Lee Jae-myung menyeru pelaksanaan berperingkat perjanjian antara-Korea, termasuk Perjanjian Ketenteraan 19 September 2018, untuk meredakan ketegangan. -Gambar fail/Reuters
SEOUL: Presiden Lee Jae-myung pada Isnin menyeru supaya langkah-langkah perlu diambil di mana sesuai bagi melaksanakan perjanjian antara-Korea sedia ada, beberapa hari selepas beliau menegaskan semula ikrarnya untuk memulihkan hubungan dan keyakinan dengan Korea Utara, termasuk menghidupkan semula Perjanjian Ketenteraan 19 September 2018, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ringkasan AI
"Keselamatan sebenar terletak pada usaha menjaga keamanan. Apa yang kita perlukan sekarang adalah keberanian untuk terus mengambil langkah-langkah bagi meredakan ketegangan sambil mengekalkan postur pertahanan yang kukuh," kata Lee semasa mesyuarat Kabinet.
"Saya meminta kementerian berkaitan bersedia bagi pelaksanaan secara berperingkat perjanjian antara Korea yang sedia ada, bermula dengan perkara yang boleh dilaksanakan," kata Lee.
Kenyataan Lee dibuat selepas beliau menegaskan dalam ucapan Hari Pembebasan bahawa kerajaannya akan mengambil langkah untuk mengurangkan ketegangan dan memulihkan keyakinan dengan Pyongyang.
Lee berkata Korea Selatan di bawah kepimpinannya akan menghormati sistem semasa Korea Utara dan tidak akan meneruskan sebarang bentuk penyatuan melalui penyerapan.
Beliau juga berkata Seoul akan mengambil "langkah-langkah proaktif dan beransur-ansur" untuk memulihkan perjanjian ketenteraan 19 Sept, yang ditandatangani antara kedua-dua pihak pada 2018 untuk mengurangkan ketegangan di sempadan.
"Jika langkah kecil dan praktikal ini dikumpul seperti batu kerikil, keyakinan bersama akan dipulihkan. Laluan ke arah keamanan akan menjadi lebih luas dan asas akan dibina untuk Korea Selatan dan Korea Utara berkembang bersama," kata Lee.
"Di tengah-tengah persekitaran luar yang berubah dengan pantas, hubungan antara Korea adalah penting untuk melindungi kepentingan negara kita dan meluaskan ruang untuk diplomasi," tambahnya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung menyeru pelaksanaan berperingkat perjanjian antara-Korea, termasuk Perjanjian Ketenteraan 19 September 2018, untuk meredakan ketegangan.
- Lee menegaskan komitmen untuk memulihkan keyakinan dengan Korea Utara tanpa penyatuan melalui penyerapan, sambil mengekalkan postur pertahanan kukuh.
- Beliau percaya langkah kecil dan praktikal boleh membina asas ke arah keamanan dan kerjasama serantau yang lebih luas.