awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit cerminan keyakinan pelabur, keupayaan modal insan negara
Cuaca panas, kering di utara negara bukan fenomena luar biasa
Ringgit terus melonjak, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Korea Selatan seru rakyat makan di luar untuk galakkan permintaan domestik

Bernama
Bernama
12/07/2025
10:37 MYT
Presiden Korea Selatan seru rakyat makan di luar untuk galakkan permintaan domestik
Lee (depan, tengah) makan malam di restoran bersama kakitangan sebagai simbol sokongan, dan berharap rakyat turut berbuat demikian untuk merancakkan ekonomi tempatan. -Facebook
SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung pada Sabtu menyatakan harapan agar rakyat negara itu menyertai inisiatif makan di luar sebagai sebahagian daripada usaha merangsang permintaan domestik, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ringkasan AI
  • Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung menggalakkan rakyat menyertai inisiatif makan di luar untuk merangsang permintaan domestik dan membantu restoran serta peniaga kecil yang terjejas.
  • Lee sendiri makan malam di restoran bersama kakitangan sebagai simbol sokongan, dan berharap rakyat turut berbuat demikian untuk merancakkan ekonomi tempatan.
  • Kerajaan Korea Selatan akan mengagihkan bantuan tunai sekali bayar sebanyak 150,000 won kepada semua rakyat bermula 21 Julai sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi.

Pada Jumaat, Lee menikmati makan malam bersama kakitangannya di sebuah restoran di pusat bandar Seoul sebagai usaha menggalakkan amalan makan di luar bagi membantu peniaga kecil mengatasi kemerosotan akibat permintaan domestik yang perlahan.
"Saya secara peribadi berharap rakyat akan mengunjungi restoran berdekatan untuk menggalakkan dan memberi semangat kepada perniagaan mereka... yang seterusnya akan merancakkan ekonomi tempatan dan menjadi pendorong kepada masa depan Korea Selatan yang lebih cerah," kata Lee dalam satu hantaran di media sosial.
Kenyataan Lee itu dibuat ketika negara berkenaan akan mula mengagihkan bantuan tunai kepada semua rakyat pada 21 Julai sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk merangsang penggunaan domestik.
Semua rakyat Korea Selatan yang menetap di negara itu akan menerima bayaran secara sekali bayar sebanyak 150,000 won, bergantung kepada tahap pendapatan masing-masing.
Lee sebelum ini mengarahkan pembantu kanannya supaya merangka langkah-langkah bagi memaksimumkan kesan pemberian bantuan tunai, yang merupakan sebahagian daripada belanjawan tambahan dalam pakej rangsangan untuk meningkatkan perbelanjaan pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Korea Selatan
#Lee Jae Myung
#inisiatif makan di luar
#rangsang permintaan domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan