Presiden wilayah autonomi Kurdish, Iraq, Masoud Barzani pada Ahad mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada 1 November dalam satu sidang tertutup di Parlimen, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan.
"Saya enggan meneruskan jawatan sebagai presiden selepas 1 November," menurut media Rudaw Kurdistan memetik surat yang dikirim Barzani kepada sesi parlimen, diadakan di Erbil.
"Perubahan undang-undang berkaitan jawatan Presiden Kurdish atau memanjangkan tempoh perkhidmatan presiden adalah sesuatu tidak dapat diterima," kata Barzani.
Barzani menetapkan 1 Nov sebagai tarikh untuk peletakan jawatannya dan meminta parlimen mengundi pembahagian kuasa mengenai undang-undang, ketenteraan dan pentadbiran kepada pemerintah daerah, parlimen dan badan kehakiman.
Parlimen Kurdish pada awalnya menetapkan 1 November untuk pilihan raya parlimen dan presiden di wilayah berkenaan dan di kawasan yang menjadi pertikaian antara Baghdad dan Kurdish.
Bagaimanapun, pada 24 Oktober, parlimen menangguhkan pilihan raya berkenaan selama lapan bulan, selepas pasukan keselamatan Iraq menguasai wilayah Kirkuk dan kebanyakan kawasan yang menjadi perebutan.
Barzani, 71, seorang pemimpin kurdish veteran, mengambil alih jawatan presiden pada 2005.
Bagaimanapun, jawatan Barzani mencetuskan kontroversi, memandangkan tempohnya berakhir pada 19 Ogos 2015.
Beliau juga merupakan pemimpin Parti Demokratik Kurdistan sejak 1979.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017
Masoud Barzani bercakap pada satu sidang media di Erbil, Iraq, 24 Sept, 2017. REUTERS / Fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
Kerajaan negeri perlu diberi autonomi corak ekonomi - Yusof Saari
Yusof mengakui perubahan sedemikian memerlukan tekad politik yang kuat memandangkan Malaysia masih terperangkap dalam paradoks politik.
Pasca PRN: Biar negeri corak ekonomi sendiri - Penganalisis
Modul yang diguna pakai ketika ini terlalu bergantung kepada Putrajaya, sehingga wujud situasi kecenderungan kepada negeri tertentu.
NUTP harap Menteri Pendidikan, KPT baharu perkenal dasar progresif
NUTP berharap Menteri Pendidikan Fadhliana Sidek dapat memberikan lebih autonomi kepada akar umbi dalam merancang sesi pengajaran.
Krisis Myanmar: Rampasan kuasa sebabkan perang kembali selepas 25 tahun
Ini membuatkan generasi baru penduduk kampung di Myanmar dan Thailand melarikan diri untuk berlindung daripada peluru dan bom.
Sabah Memilih: Belum ada rundingan penggunaan satu logo - Hajiji
Masih belum ada sebarang kata putus sama ada penggunaan logo atau bendera Perikatan Nasional (PN) akan digunakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Trump tandatangani perintah lucut status khas Hong Kong
Langkah diambil berikutan keputusan China menguatkuasakan undang-undang keselamatan Hong Kong yang mencetuskan kontroversi.
PRK Kimanis: Kes mahkamah tak jejas semangat Bung Moktar
Kes mahkamah yang dikaitkan berhubung pelaburan Felcra tidak melenturkan semangat Bung Moktar membantu jentera Barisan Nasional.
PAU2019: UMNO Sabah diberi kuasa autonomi, tentu hala tuju sendiri
Peralihan tersebut memaktubkan kewujudan UMNO Sabah sebagai sebuah entiti politik yang berautonomi.
Sabah harap permohonan pindah kuasa lesen pelancongan akan berhasil
MOTAC berkata penyerahan kuasa kepada negeri belum dapat dilaksanakan, memandangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) masih dalam rundingan.