DUNIA
Presiden Kyrgyz tetapkan pilihan raya parlimen awal pada 30 Nov
Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov telah menandatangani dekri menetapkan pilihan raya awal Jogorku Kenesh, parlimen negara itu, pada 30 Nov. - Gambar fail/REUTERS
BISHKEK: Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov telah menandatangani dekri menetapkan pilihan raya awal Jogorku Kenesh, parlimen negara itu, pada 30 Nov, lapor Xinhua memetik pengumuman laman web presiden pada Selasa.
Menurut dekri itu, Suruhanjaya Pusat Pilihan Raya dan Referendum ditugaskan mengendalikan pengundian mengikut undang-undang negara, termasuk peruntukan bagi pengundian jarak jauh.
Kabinet Menteri pula diarahkan untuk memperuntukkan dana, memastikan ketenteraman awam, melindungi hak dan kebebasan warganegara, serta mengemas kini sistem Daftar Penduduk Negara Bersepadu bagi memastikan ketepatan senarai pemilih.
Pejabat Pendakwa Raya Agung turut diarahkan memastikan pematuhan terhadap Perlembagaan dan undang-undang Kyrgyzstan sepanjang persiapan dan pelaksanaan pilihan raya.
Langkah itu diambil susulan keputusan parlimen pada 25 Sept untuk membubarkan diri selepas 32 timbalan mencadangkan tindakan tersebut bagi mengelakkan pilihan raya parlimen dan presiden diadakan dalam jarak masa yang singkat.
Jogorku Kenesh ialah badan perundangan satu dewan dengan 90 anggota yang mempunyai tempoh penggal lima tahun. Mengikut jadual asal, pilihan raya parlimen ditetapkan pada November 2026 manakala pilihan raya presiden pada Januari 2027.
Walaupun pembubaran sendiri, timbalan semasa akan mengekalkan kuasa mereka sehingga parlimen baharu dipilih, dan sidang luar biasa masih boleh diadakan jika perlu, kata Speaker Parlimen Nurlanbek Turgunbek uulu.
-- BERNAMA