DUNIA
Presiden Lubnan arah tentera hadapi serangan Israel buat kali pertama sejak gencatan senjata
Presiden Lubnan Joseph Aoun mengecam serangan dan menyifatkannya sebagai "sebahagian daripada corak pencerobohan Israel yang berterusan". - AP
BEIRUT: Presiden Lubnan Joseph Aoun pada Khamis mengarahkan Angkatan Tentera Lubnan supaya menghadapi sebarang pencerobohan Israel ke atas wilayah selatan yang telah dibebaskan, bagi mempertahankan tanah air serta keselamatan rakyat, lapor Agensi Berita Kebangsaan (NNA).
Arahan itu dikeluarkan semasa mesyuarat pagi tadi di Istana Baabda bersama Panglima Tentera Jeneral Rudolph Haykal, yang memaklumkan Presiden mengenai insiden pencerobohan Israel di Blida malam tadi, yang mengorbankan seorang pekerja majlis perbandaran, Ibrahim Salameh, ketika dia sedang menjalankan tugas.
Presiden Aoun mengecam serangan itu dan menyifatkannya sebagai "sebahagian daripada corak pencerobohan Israel yang berterusan," sambil menegaskan bahawa ia berlaku "tidak lama selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Gencatan Senjata (Mekanisme), yang tidak seharusnya hanya mencatat insiden, tetapi bertindak untuk menamatkannya dengan menekan Israel supaya mematuhi perjanjian gencatan senjata November dan menghentikan pelanggaran terhadap kedaulatan Lubnan."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini