DUNIA
Presiden Macron ambil risiko iktiraf negara Palestin
Presiden Macron mengambil langkah berisiko apabila mengiktiraf negara Palestin, tindakan yang dijangka mencetuskan tindak balas daripada Israel. - Gambar fail
PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengambil langkah berisiko apabila mengiktiraf negara Palestin, tindakan yang dijangka mencetuskan tindak balas daripada Israel.
Menurut sumber diplomatik yang enggan dinamakan, Israel dijangka melakukan tindakan balas namun ia tidak sampai ke tahap memutuskan hubungan diplomatik dengan Perancis.
Antara langkah yang boleh diambil Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, termasuk menutup Konsulat Perancis di Baitulmaqdis – yang menjadi pusat rujukan utama rakyat Palestin atau mengambil tindakan lebih berani dengan mengilhak sebahagian wilayah Tebing Barat yang diduduki, di mana penempatan Israel terus berkembang.
“Akan ada banyak bantahan selepas ini,” kata seorang diplomat.
Dalam masa sama, Macron turut cuba mendekati komuniti Yahudi di Perancis yang berpendapat, pengiktirafan negara Palestin pada ketika ini tidak sesuai.
Menerusi hantaran di platform X, Macron menegaskan, beliau menggesa badan kehakiman untuk meningkatkan usaha dalam menangani isu antisemitisme serta bentuk baharu yang kian wujud. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini