INTERNATIONAL
Presiden Mesir, PM Britain bincang isu Gaza melalui panggilan telefon
Sisi menegaskan pendirian Mesir yang menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dan menekankan sokongan antarabangsa terhadap usaha membangunkan semula Gaza. - Foto www.presidency.eg
KAHERAH: Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer mengadakan perbualan telefon pada Khamis bagi membincangkan perkembangan serantau, khususnya situasi semasa di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Xinhua.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Pejabat Presiden Mesir, Sisi membentangkan perkembangan terkini di Gaza serta usaha yang sedang digerakkan oleh Mesir bersama Qatar dan Amerika Syarikat untuk mencapai gencatan senjata dan memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan.
Sisi turut menegaskan pendirian tegas Mesir yang menolak sebarang cubaan untuk mengusir rakyat Palestin atau melemahkan perjuangan mereka, selain menekankan kepentingan mempamerkan sokongan antarabangsa terhadap inisiatif Arab-Islam bagi membangunkan semula Gaza kepada tindakan konkrit sebaik sahaja gencatan senjata dicapai.
Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap pendirian positif Britain dalam isu Palestin dan situasi di Gaza, ketika perbualan telefon itu.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus berkoordinasi mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa.
Panggilan telefon itu berlangsung dua hari selepas Setiausaha Luar Britain, David Lammy mengumumkan penggantungan rundingan perdagangan dengan Israel sebagai tindak balas terhadap sekatan ke atas Gaza.
Pada Isnin, Britain, Perancis dan Kanada dalam satu kenyataan bersama menegaskan bahawa "jika Israel tidak menghentikan serangan ketenteraan yang diperbaharui dan menarik balik sekatan terhadap bantuan kemanusiaan," mereka akan mengambil tindakan lanjut yang lebih konkrit.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perbincangan antara pemimpin Mesir dan Britain: Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer berbincang mengenai situasi Gaza serta usaha bersama dengan Qatar dan Amerika Syarikat untuk mencapai gencatan senjata dan penghantaran bantuan kemanusiaan.
- Pendekatan Mesir terhadap isu Palestin: Sisi menegaskan pendirian Mesir yang menolak sebarang cubaan mengusir rakyat Palestin dan menekankan sokongan antarabangsa terhadap usaha membangunkan semula Gaza selepas gencatan senjata dicapai.
- Tindakan Britain terhadap Israel: Dua hari sebelum perbualan telefon itu, Setiausaha Luar Britain mengumumkan penggantungan rundingan perdagangan dengan Israel sebagai tindak balas terhadap sekatan ke atas Gaza, dengan Britain, Perancis, dan Kanada memberi amaran mengenai tindakan lanjut jika serangan berterusan.