Presiden Moon tinggalkan kediaman rasmi pada 9 Mei, sehari sebelum pelantikan rasmi Yoon

Bernama
April 15, 2022 11:42 MYT
Presiden Korea Selatan Moon Jae In akan berpindah dari kediaman rasminya Cheong Wa Dae (Rumah Biru) pada 9 Mei, sehari sebelum penggantinya Yoon Suk Yeol angkat sumpah jawatan. - Gambar fail/REUTERS
SEOUL: Presiden Korea Selatan Moon Jae In akan berpindah dari kediaman rasminya Cheong Wa Dae (Rumah Biru) pada 9 Mei, sehari sebelum penggantinya Yoon Suk Yeol angkat sumpah jawatan.
Moon juga akan menghadiri majlis pelantikan rasmi Yoon.
Keputusan meninggalkan Cheong Wa Dae pada malam sebelum pelantikan rasmi Yoon adalah selaras dengan rancangan Yoon untuk membuka perkarangan Cheong Wa Dae kepada orang ramai pada hari pertama memegang jawatan selepas memindahkan pejabat presiden ke bangunan kementerian pertahanan sekarang, lapor Agensi Berita Yonhap memetik jurucakap presiden Park Kyung Mee pada Jumaat.
Sementara itu, Moon dan wanita pertama Kim Jung Sook akan menerima suntikan penggalak COVID-19 kedua mereka pada 25 April, kata Park.
Awal minggu ini, kerajaan mengumumkan rancangan untuk memperluaskan pelancaran suntikan penggalak COVID-19 kedua bagi mereka yang berumur lebih 60 tahun.
-- BERNAMA
#Presiden Korea Selatan #Moon Jae In #kediaman rasmi #pelantikan #Cheong Wa Dae #Yoon Suk Yeol #angkat sumpah