DUNIA
Presiden Nigeria isytihar darurat keselamatan susulan situasi semakin buruk
Presiden Bola Tinubu berkata polis dan tentera akan merekrut lebih ramai anggota mengambil kira situasi keselamatan yang sedang meruncing. - AP
ABUJA: Presiden Nigeria Bola Tinubu pada Rabu mengisytiharkan darurat keselamatan di seluruh negara susulan peningkatan serangan pengganas dan penculikan di negara Afrika paling ramai penduduk itu, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan presiden, Tinubu berkata polis dan tentera akan merekrut lebih ramai anggota mengambil kira situasi keselamatan yang sedang meruncing.
Polis akan merekrut tambahan 20,000 pegawai, katanya. "Ini adalah darurat nasional dan kami bertindak balas dengan menempatkan lebih ramai anggota di lapangan, khususnya di kawasan yang berdepan ancaman keselamatan."
Tinubu turut membenarkan penggunaan kem Kor Perkhidmatan Belia Negara sebagai lokasi latihan sementara dan mengarahkan pegawai yang ditarik keluar daripada unit perlindungan VIP menjalani latihan semula dengan segera sebelum ditempatkan semula.
Beliau juga membenarkan agensi perisikan negara untuk segera menempatkan renjer hutan terlatih serta merekrut lebih ramai anggota bagi "menghapuskan pengganas dan kumpulan penjenayah" yang bersembunyi di kawasan hutan, sambil menegaskan bahawa "tiada lagi tempat persembunyian untuk penjenayah."
-- BERNAMA