DUNIA

Presiden Obama terdesak untuk terima kad ucapan hari jadi?

Syafique Shuib 05/08/2014 | 02:57 MYT
Obama kini berusia 53 tahun - Sumber: BarackObama.com
Beliau mungkin antara figura paling berpengaruh di dunia namun Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tetap inginkan kad hari lahir, atau itu yang dimahukan oleh pasukan media sosial beliau.

Admin yang menjaga akaun Twitter milik Presiden yang kini berusia 53 tahun, @BarackObama, meminta orang ramai untuk menghantar beliau kad hari lahir dalam talian (e-card).

Menurut laporan The Independent, tweet berkenaan dimuat naik beberapa kali awal minggu lepas untuk mengingatkan orang ramai supaya menghantar kad ucapan kepada Presiden AS itu seolah-olah seperti takut jika Obama tidak menerima kad dengan jumlah yang banyak.

Laporan yang sama turut berkata bahawa ini merupakan cadangan Organizing for Action, sebuah organisasi kebajikan yang mempromosikan agenda Obama.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menerusi laman web BarackObama.com, orang ramai boleh memilih tiga kad yang mempunyai mesej tersendiri.

Kad hari lahir Presiden Obama


Sementara itu, Obama turut tweet sempena hari lahir beliau:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Orang terdekat Obama seperti isteri beliau Michelle Obama dan Naib Presiden AS Joe Biden turut memberi ucapan kepada Obama:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Barack Obama #hari lahir #Joe Biden #Michelle Obama