Skip to main content

Dunia

Presiden Palestin sambut baik kenyataan bersama pemimpin barat terhadap keganasan Israel

Israel re-establishes West Bank settlement after 20 years
Presiden Palestin menyambut baik kenyataan bersama para pemimpin Barat yang mengecam peningkatan keganasan pendatang haram serta dasar kerajaan Israel di Tebing Barat. - Gambar/ Reuters

RAMALLAH: Presiden Palestin menyambut baik kenyataan bersama para pemimpin Barat yang mengecam peningkatan keganasan pendatang haram serta dasar kerajaan Israel di Tebing Barat, selain menegaskan semula bahawa kegiatan penempatan haram adalah tidak sah menurut undang-undang antarabangsa.

Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh pemimpin United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Belanda, Canada, Australia dan New Zealand.

Presiden Palestin menyifatkan kenyataan itu sebagai langkah penting ke arah yang betul dan pendirian antarabangsa yang tegas dalam menyokong legitimasi antarabangsa, selain menolak tindakan unilateral Israel yang secara sistematik menjejaskan penyelesaian dua negara.

Presiden Palestin turut menyeru supaya mekanisme yang serius dan berkesan diwujudkan bagi menterjemahkan pendirian penting itu kepada langkah konkrit untuk menekan pihak berkuasa pendudukan agar menghentikan tindakan yang melanggar legitimasi antarabangsa dan undang-undang antarabangsa.

-- BERNAMA-WAFA

 

 

Must Watch Video

Advertisement