Presiden Palestin sedia bekerjasama dengan Trump, perantara capai keamanan menyeluruh

Abbas menekankan peranan penting yang boleh dimainkan oleh Greece dengan sokongan EU dalam memajukan keamanan serta kestabilan di rantau itu dan peringkat global. - Foto fail/AP
RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyatakan kesediaan Palestin untuk bekerjasama dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, pihak perantara serta rakan kongsi lain bagi mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh, selaras dengan resolusi sah antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab, lapor Agensi Berita dan Penerfangan Palestin (WAFA).
Ringkasan AI
- Abbas bersedia bekerjasama dengan Trump, pihak perantara, dan rakan kongsi untuk mencapai keamanan yang adil, selaras dengan resolusi antarabangsa.
- Menekankan pentingnya peranan Greece dan EU dalam memajukan keamanan di rantau Palestin serta global, dan mendesak Israel menghentikan tindakan yang menggugat Palestin.
- Menggesa pelaksanaan gencatan senjata, pembebasan hasil cukai Palestin ditahan, dan langkah-langkah untuk memastikan bantuan kemanusiaan serta pembinaan semula di Palestin.
Beliau juga menekankan kepentingan kritikal untuk melepaskan hasil cukai Palestin yang ditahan oleh pihak Israel.
Selain itu, Abbas menggesa pelaksanaan segera pelan Presiden Trump dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2803 dengan menguatkuasakan gencatan senjata serta memastikan penyaluran segera bantuan kemanusiaan termasuk makanan, ubat-ubatan dan keperluan tempat perlindungan.
Beliau turut menuntut agar langkah menghalang pengusiran penduduk diambil, memastikan pengunduran segera tentera pendudukan Israel dan membolehkan Kerajaan Palestin serta agensi keselamatannya memikul tanggungjawab sepenuhnya, selain mempercepatkan usaha pembinaan semula.
Abbas menyifatkan lawatan Mitsotakis mencerminkan persahabatan bersejarah yang mendalam antara kedua-dua negara dan rakyat, berteraskan nilai bersama dalam rangka kerja hubungan kejiranan Mediterranean dan perkongsian EU.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Greece atas pendiriannya yang menyokong hak rakyat Palestin di forum antarabangsa, komitmen teguh terhadap penyelesaian dua negara, serta bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada penduduk di Gaza.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


