DUNIA
Presiden Perancis, Syria bincang situasi serantau menerusi panggilan telefon
Al-Sharaa (kiri) menekankan kepentingan menyokong proses politik Syria, manakala Macron mengulangi komitmen Perancis untuk meneruskan penyelarasan bagi menyokong Syria dan rakyatnya ke arah kestabilan, keadilan, dan pembinaan semula. - Reuters
ISTANBUL: Presiden Syria, Ahmed Al-Sharaa mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Sabtu bagi membincangkan perkembangan serantau serta usaha mempromosikan kestabilan, lapor Agensi Anadolu.
Memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Arab Syria (SANA), Al-Sharaa menekankan kepentingan menyokong proses politik Syria dan meningkatkan kestabilan di seluruh negara berkenaan.
Perbincangan itu turut menyentuh mengenai perjanjian komprehensif yang dicapai antara Kerajaan Syria dan kumpulan pengganas SDF. Macron menyatakan sokongan terhadap perjanjian itu dan menegaskan keperluan pelaksanaannya bagi menjamin perpaduan serta kedaulatan Syria.
Macron turut mengulangi komitmen Perancis untuk meneruskan penyelarasan bagi menyokong Syria dan rakyatnya ke arah kestabilan, keadilan, dan pembinaan semula.
Pada Jumaat, Damsyik mengumumkan gencatan senjata komprehensif dan perjanjian berfasa antara kerajaan dan SDF.
Kedua-dua pihak komited untuk melaksanakan gencatan senjata segera dan proses berfasa bagi menyatukan struktur ketenteraan serta pentadbiran.
Perjanjian itu juga memperuntukkan pengunduran tentera dari garisan pertempuran dan penempatan pasukan keselamatan Kementerian Dalam Negeri ke pusat bandar Hasakah dan Qamishli di timur laut Syria sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk memulihkan kestabilan.
Selain itu, perjanjian berkenaan bertujuan menyatukan wilayah Syria, menguatkuasakan kuasa negara, dan memajukan integrasi institusi sepenuhnya melalui penyelarasan serta usaha bersama untuk membina semula negara itu.
Pada 18 Jan lepas, Kerajaan Syria dan SDF telah menandatangani perjanjian gencatan senjata dan integrasi, namun Damsyik sebelum ini menuduh kumpulan itu melakukan pencabulan "serius" yang berulang kali.
Perjanjian terbaharu ini menyusul selepas operasi ketenteraan oleh Tentera Syria yang berjaya menawan semula kawasan luas di timur dan timur laut Syria selepas pencabulan berulang kali oleh SDF terhadap persefahaman sebelum ini.
-- BERNAMA