awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM 'buat masa ini'

Bernama
Bernama
08/07/2024
21:20 MYT
Presiden Perancis tolak peletakan jawatan PM 'buat masa ini'
Presiden juga menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri atas usaha beliau semasa kempen pilihan raya. - Foto fail/AP
ANKARA: Presiden Perancis Emmanuel Macron meminta Perdana Menteri Gabriel Attal pada Isnin untuk terus memegang jawatannya "buat masa ini," kerana keputusan pusingan kedua pilihan raya parlimen awal menunjukkan tiada satu pun daripada tiga pakatan utama yang memperoleh kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Attal hadir ke Istana Presiden Elysee untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya, tetapi Macron memintanya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri bagi "memastikan kestabilan negara," lapor Agensi Anadolu (AA) berdasarkan laporan yang memetik sumber dari Istana Elysee.
Presiden juga menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri atas usaha beliau semasa kempen pilihan raya.
"Malam ini, pembentukan politik yang saya wakili dalam kempen ini tidak mempunyai majoriti. Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Presiden pagi esok," kata Attal pada Ahad malam selepas keputusan awal diumumkan.
Beliau berkata bahawa "tiada pihak ekstrem," merujuk kepada parti sayap kanan Perhimpunan Nasional (RN) dan pakatan sayap kiri Barisan Popular Baharu (NPF), yang memenangi sejumlah besar kerusi di Dewan Rakyat.
NPF dijangka memenangi lebih daripada 180 kerusi di Dewan Rakyat, menurut data terkini daripada Kementerian Dalam Negeri.
Macron membubarkan parlimen dan menggesa pilihan raya diawalkan selepas RN memenangi lebih daripada 31 peratus undi dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah pada 9 Jun, mengalahkan blok kelompok tengahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gabriel Attal
#Emmanuel Macron
#peletakan jawatan
#pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan