awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Perancis umum pembentukan kerajaan baharu

Bernama
Bernama
06/10/2025
03:20 MYT
Presiden Perancis umum pembentukan kerajaan baharu
Macron (gambar) mengumumkan pembentukan kerajaan baharu yang diketuai Perdana Menteri, Sebastien Lecornu, ketika negara itu terus berdepan krisis politik yang semakin meruncing. - Gambar Reuters
PARIS: Macron mengumumkan pembentukan kerajaan baharu yang diketuai Perdana Menteri, Sebastien Lecornu, ketika negara itu terus berdepan krisis politik yang semakin meruncing, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Pengumuman itu dibuat hampir sebulan selepas Macron melantik Lecornu - Perdana Menteri ketujuh sepanjang pentadbirannya untuk membentuk Kabinet baharu.
Bekas Menteri Ekonomi, Bruno Le Maire yang memegang jawatan itu dari 2017 hingga 2024, kembali ke Kabinet sebagai Menteri Angkatan Tentera.
Roland Lescure pula dilantik sebagai Menteri Ekonomi baharu dan akan berdepan cabaran utama menggubal belanjawan negara.
Beberapa anggota Kabinet sebelum ini mengekalkan jawatan masing-masing, termasuk Menteri Luar, Jean-Noel Barrot; Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau; Menteri Kehakiman, Gerald Darmanin dan Menteri Kebudayaan, Rachida Dati.
Perancis dilanda ketidaktentuan politik sejak keputusan berisiko tinggi Macron untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya awal tahun lalu bagi mengukuhkan penguasaannya.
Dua kerajaan sebelum ini yang diterajui Francois Bayrou dan Michel Barnier tumbang selepas gagal memperoleh sokongan Parlimen, khususnya akibat kontroversi mengenai cadangan bajet penjimatan.
Perdana Menteri Lecornu dijadual membentangkan agenda kerajaannya dalam ucapan dasar kepada Parlimen pada Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perancis
#Emmanuel Macron
#Perdana Menteri Perancis
#Sebastien Lecornu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan