[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
DUNIA

Presiden Singapura positif COVID-19

Bernama 04/07/2022 | 11:33 MYT
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan. - Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.
"Baru saja didapati positif COVID-19 dengan mengalami simptom ringan seperti selesema," tulis Halimah dalam hantaran terkininya di Facebook.
Halimah, 67, bagaimanapun bersyukur kerana telah lengkap divaksin dan menerima dos penggalak.
"Saya berharap dapat pulih secepat mungkin dan maaf kerana tidak dapat hadir untuk beberapa acara minggu ini," katanya.
Rata-rata pengikut di Facebooknya mendoakan agar beliau cepat sembuh.
-- BERNAMA
#Presiden Singapura #positif COVID-19 #gejala ringan #Halimah Yacob #selesema