Presiden Singapura seru pupuk rasa hormat dalam masyarakat

Bernama
Disember 31, 2023 14:45 MYT
Tharman Shanmugaratnam mengajak masyarakat untuk meningkatkan rasa hormat terhadap individu daripada pelbagai kaum dan agama. - Gamnbar fail
SINGAPURA: Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam semasa menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu melalui media sosial pada Ahad menyeru supaya usaha diambil untuk menjadikan negara pulau itu sebagai tempat semua orang dihormati.
Sambil mengulangi slogan kempen pilihan raya presiden, "menghormati semua", Tharman mengajak masyarakat untuk meningkatkan rasa hormat terhadap individu daripada pelbagai kaum dan agama dengan memupuk hubungan yang lebih erat dan bukannya masing-masing mengikut haluan sendiri, lapor Xinhua.
Presiden itu berjanji untuk berusaha bersama kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat Singapura untuk membina budaya saling menghormati yang lebih mendalam dan berkekalan pada masa hadapan.
Beliau juga berjanji untuk menampilkan pandangan rasional Singapura semasa dunia berpecah belah.
-- BERNAMA
#Presiden Singapura #ucapan tahun baharu #rasa hormat #berbilang kaum #Singapura