[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
INTERNATIONAL

Presiden Sri Lanka rasmi letak jawatan, rakyat berpesta

Agensi 15/07/2022 | 06:57 MYT
Pelbagai lapisan masyarakat turun ke jalan raya untuk meraikan peletakan jawatan itu, dengan nyalaan bunga api dan mercun. - Reuters
COLOMBO: Speaker Parlimen Sri Lanka mengesahkan telah menerima peletakan jawatan secara rasmi Presiden Gotabaya Rajapaksa, yang dikemukakan dalam surat yang dihantar melalui emel, pada Jumaat.
Ia diraikan penunjuk perasaan yang berpesta di ibu negara itu selepas berbulan-bulan menuntut pengunduran Rajapaksa dan Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe.
Wickremesinghe kekal sebagai Pemangku Presiden, selepas Rajapaksa melarikan diri dahulu ke Maldives, sebelum kemudiannya ke Singapura.
Pelbagai lapisan masyarakat turun ke jalan raya untuk meraikan peletakan jawatan itu, dengan nyalaan bunga api dan mercun.
Belum ada tarikh ditetapkan untuk pilihan raya tetapi di bawah perlembagaan, Wickremesinghe hanya akan dibenarkan memegang jawatan itu untuk tempoh maksimum 30 hari.
Sebaik sahaja dipilih, Presiden baharu akan berkhidmat untuk baki dua tahun yang diperuntukkan untuk Rajapaksa sebelum ini.
#Sri Lanka #presiden letak jawatan #Gotabaya Rajapaksa #rakyat sri lanka