[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Presiden Syria hadiri Perhimpunan Agung PBB, penyertaan pertama sejak 1967

Bernama 11/09/2025 | 10:30 MYT
Al-Sharaa akan diiringi Menteri Luar dan Ekspatriat Asaad Hassan Al-Shibani bersama delegasi diplomatik peringkat tinggi. - Gambar/ Reuters
DAMSYIK (Syria): Presiden Syria Ahmad Al-Sharaa akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) serta "Minggu Peringkat Tinggi" yang dijadual berlangsung dari 22 hingga 30 Sept di New York, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Al-Sharaa akan diiringi Menteri Luar dan Ekspatriat Asaad Hassan Al-Shibani bersama delegasi diplomatik peringkat tinggi.

Ini merupakan penyertaan presiden Syria yang pertama sejak 1967 dan penyertaan sulung negara itu dalam Minggu Peringkat Tinggi.

Presiden Al-Sharaa dan Menteri Luar akan mengambil bahagian dalam pelbagai mesyuarat dan acara, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin negara serta ketua delegasi yang menghadiri Perhimpunan Agung PBB.

-- BERNAMA


#Presiden Syria #Perhimpunan Agung PBB #Ahmad al-Sharaa