awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Syria puji tindakan Trump tarik balik sekatan, anggap permulaan 'Syria moden'

Bernama
Bernama
15/05/2025
01:50 MYT
Presiden Syria puji tindakan Trump tarik balik sekatan, anggap permulaan 'Syria moden'
Al-Sharaa menyifatkan langkah Trump itu sebagai "keputusan berani yang meletakkan asas kepada kestabilan serantau." - Foto AP
ISTANBUL: Presiden Syria Ahmad al-Sharaa pada Rabu menyambut baik keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik sekatan yang telah lama dikenakan ke atas Syria, dan menyifatkannya sebagai detik perubahan penting bagi masa depan negara itu.
"Hari ini menandakan permulaan usaha serius dan pelancaran perjalanan Syria moden," kata al-Sharaa dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Beliau menyifatkan langkah Trump itu sebagai "keputusan berani yang meletakkan asas kepada kestabilan serantau."
Pemimpin Syria itu turut merakamkan penghargaan kepada sekutu serantau, khususnya Turkiye.
"Presiden Recep Tayyip Erdogan sentiasa bersama rakyat Syria, dan negaranya telah banyak berkorban sepanjang 14 tahun lalu," katanya.
Al-Sharaa turut mengundang komuniti perniagaan antarabangsa untuk melabur di Syria.
"Kami mengalu-alukan semua pelabur dan menjemput mereka merebut peluang yang tersedia," katanya.
Beliau juga menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk memecahbelahkan negara itu.
"Kami tidak akan benarkan Syria dipecahkan, dan kami juga tidak akan memberi ruang kepada naratif rejim terdahulu yang cuba memecahbelahkan rakyat kami," tegasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad al-Sharaa
#Donald Trump
#sekatan
#Syria moden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami