DUNIA
Presiden Trump didiagnosis alami masalah salur darah kronik
Bahagian tangan Presiden Trump yang dikesan dikenakan solekan bagi menutupi kesan lebam. - Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump disahkan mengalami masalah salur darah vena kronik selepas mengadu mengalami bengkak pada bahagian kaki, kata White House, pada Khamis.
Trump, 79, menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian vaskular diagnostik oleh Unit Perubatan White House, kata Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt, yang membacakan nota perubatan dikeluarkan oleh doktor Presiden, Kapten Sean Barbabella.
Menurut Barbabella, ujian ultrasound doppler ke atas kedua-dua belah kaki bawah Trump mendapati beliau menghidap chronic venous insufficiency (CVI), satu keadaan biasa dalam kalangan individu berusia lebih 70 tahun.
“Pemeriksaan dilakukan susulan Trump melaporkan bengkak ringan pada bahagian kaki sejak beberapa minggu lalu,” kata Leavitt lagi.
Namun begitu, tiada sebarang tanda-tanda masalah darah beku (deep vein thrombosis) atau penyakit arteri ditemui.
Keputusan ujian makmal juga menunjukkan bacaan normal sepenuhnya.
Trump turut menjalani ujian echocardiogram yang mengesahkan beliau tidak mengalami kegagalan jantung, masalah buah pinggang atau penyakit sistemik lain.
Chronic venous insufficiency berlaku apabila injap-injap dalam vena tidak berfungsi dengan baik, menyebabkan darah terkumpul dalam salur darah.
Dianggarkan sekitar 150,000 kes dicatatkan setiap tahun, dengan risiko meningkat seiring usia. Antara simptom termasuk bengkak di kaki atau buku lali, kejang, sakit, urat timbul (varicose veins) serta perubahan pada kulit.
Rawatan bagi keadaan ini merangkumi penggunaan ubat-ubatan atau prosedur perubatan, bergantung kepada tahap penyakit.
Dalam pada itu, Leavitt turut menjelaskan mengenai kesan lebam di bahagian belakang tangan Trump, yang menurutnya berpunca daripada kebiasaannya berjabat tangan secara kerap, selain penggunaan ubat aspirin. - Agensi