[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Presiden Turkiye hadiahkan kereta Togg kepada Putera Mahkota Arab Saudi

Bernama 18/07/2023 | 06:58 MYT
Selepas lawatan berakhir, Putera Mahkota memandu sendiri kereta berkenaan dan menghantar Erdogan pulang ke hotel penginapannya. - Foto AP
JEDDAH: Presiden Recep Tayyip Erdogan menghadiahkan sebuah kereta elektrik buatan Turkiye, Togg, kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman sempena lawatan beliau ke Istana Al-Salam di Jeddah pada Isnin.
Erdogan dan Mohammed mengadakan perbincangan bersemuka selain mengadakan mesyuarat antara delegasi, lapor Agensi Anadolu.
Erdogan kemudian menyerahkan kereta itu kepada Putera Mahkota.
Selepas lawatan berakhir, Putera Mahkota memandu sendiri kereta berkenaan dan menghantar Erdogan pulang ke hotel penginapannya.
-- BERNAMA
#presiden turkiye #Recep Tayyip Erdogan #kereta Togg #Mohammed bin Salman