DUNIA
Presiden Turkiye tegaskan sokongan padu kepada Deklarasi Mesir mengenai Gaza
Presiden Erdogan menegaskan semula komitmen negaranya terhadap deklarasi yang ditandatangani oleh pemimpin dunia di Sharm el-Sheikh awal minggu ini. - Gambar fail Reuters
ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menegaskan semula komitmen negaranya terhadap deklarasi yang ditandatangani oleh pemimpin dunia di Sharm el-Sheikh awal minggu ini.
“Kami akan menyokong sepenuhnya deklarasi ini sehingga selesai dan saya percaya Amerika Syarikat, Mesir serta Qatar akan mengambil pendirian yang serupa,” kata Erdogan selepas mesyuarat Kabinet di Ankara.
Beliau juga menekankan kepentingan usaha antarabangsa dalam membantu rakyat Palestin.
“Setiap usaha untuk meringankan beban rakyat Gaza yang tertindas amat bernilai bagi kami. Tidak ada sesiapa yang berhak mengecilkan usaha ini hanya dengan berkata ‘mereka menandatangani gencatan senjata’,” ujarnya.
Erdogan menambah, Turkiye juga akan memantau dengan teliti pelaksanaan perjanjian gencatan senjata tersebut bagi memastikan ia berjalan mengikut rancangan.