Presiden Ukraine dakwa Rusia lakukan genosid

Astro Awani
Mac 11, 2022 02:46 MYT
Serangan udara tentera Rusia mengenai sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak di Mariupol pada Rabu. -Foto EyePress News
KIEV: Presiden Ukraine mendakwa Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai selepas tentera Kremlin mengebom hospital kanak-kanak dan wad bersalin di Mariupol.
Volodymyr Zelenskyy dalam ucapan lewat Rabu berkata 17 orang cedera dalam pengeboman itu dan pasukan penyelamat masih mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.
“Hari ini, kita mesti bersatu dalam mengecam jenayah perang Rusia ini, yang mencerminkan semua kejahatan yang dibawa oleh penceroboh ke tanah kita.
"Hospital musnah. Sekolah, gereja, rumah musnah. Dan semua orang terbunuh. Semua kanak-kanak terbunuh.
"Bom udara ke atas hospital bersalin adalah bukti terakhir. Bukti bahawa pembunuhan beramai-ramai rakyat Ukraine sedang berlaku," kata Zelenskyy.

Mariupol. Direct strike of Russian troops at the maternity hospital. People, children are under the wreckage. Atrocity! How much longer will the world be an accomplice ignoring terror? Close the sky right now! Stop the killings! You have power but you seem to be losing humanity. pic.twitter.com/FoaNdbKH5k

— (@ZelenskyyUa) March 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Hospital bersalin, kanak-kanak Ukraine terkena serangan Rusia
BACA: Krisis Rusia-Ukraine ancam haiwan di Zoo Kiev
BACA: Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy tidak putus asa, tidak mengaku kalah
BACA: Krisis Rusia-Ukraine 'bukan perang olok-olok'
Beliau menuntut negara-negara demokratik untuk meningkatkan sekatan terhadap Rusia bagi memaksanya ke meja rundingan.
Bandar Zhytomyr di Ukraine menjadi sasaran serangan udara yang menyasarkan loji jana kuasa haba dan bangunan awam pada Rabu.
#krisis Rusia-Ukraine #Volodymyr Zelenskyy #hospital kanak-kanak #wad bersalin