DUNIA
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy terlibat nahas jalan raya di Kyiv
Sebuah kereta persendirian telah bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Zelenskyy dan kenderaan pengiringnya. - AP
KHARKIV (Ukraine): Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dilaporkan terlibat dalam nahas jalan raya di Kyiv pada Khamis, tetapi tidak mengalami kecederaan serius, lapor Agensi Anadolu.
Jurucakapnya, Sergii Nikiforov, menerusi Twitter berkata sebuah kereta persendirian telah bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Zelenskyy dan kenderaan pengiringnya.
Pemandu kenderaan persendirian itu dibawa ke hospital selepas menerima bantuan kecemasan di tempat kejadian.
Punca kemalangan akan disiasat.
-- BERNAMA