[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Presiden Ukraine Zelenskyy muncul di Anugerah Grammy menerusi rakaman video

Bernama 04/04/2022 | 07:14 MYT
Zelensky membuat kenyataan mengenai krisis yang sedang berlaku di negaranya sebelum persembahan penyanyi John Legend. - Foto REUTERS
LAS VEGAS : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Ahad muncul dalam sebuah rakaman video di Anugerah Grammy ke-64, lapor United Press International (UPI).
Zelensky membuat kenyataan mengenai krisis yang sedang berlaku di negaranya sebelum persembahan penyanyi John Legend.
"Pemuzik kami memakai perisai dan bukan tuksedo. Mereka menyanyi untuk mangsa yang cedera di hospital.
"Meskipun mereka tidak dapat mendengar, tetapi muzik tetap akan sampai ke dalam jiwa. Kami mempertahankan kebebasan kami untuk hidup, untuk mencintai, untuk menyanyi," katanya.
Legend kemudian mempersembahkan lagu baharunya "Free", diiringi pemuzik Siuzanna Iglidan, penyanyi Mika Newton dan penyair Lyuba Yakimchuk, ketiga-tiganya berasal dari Ukraine.
-- BERNAMA
#Presiden Ukraine #Volodymyr Zelenskyy #Anugerah Grammy #Rusia