[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
INTERNATIONAL

Pritam Singh kekal Ketua Pembangkang Singapura - Lawrence Wong

Bernama 05/05/2025 | 08:02 MYT
Pritam akan terus diberikan sokongan kakitangan dan sumber yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawabnya. - Gambar fail/ Reuters
SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura, menurut Perdana Menteri Lawrence Wong.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh akan terus memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Singapura, menurut Perdana Menteri Lawrence Wong. Pritam akan diberikan sokongan kakitangan dan sumber yang diperlukan.
  • WP mengukuhkan kehadirannya di Parlimen dengan memenangi 10 kerusi dan memperoleh dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dalam Pilihan Raya Umum 2025.
  • Jawatan Ketua Pembangkang, yang diwujudkan secara rasmi pada 2020, disertai dengan keistimewaan seperti pejabat rasmi di Parlimen, sokongan kakitangan, sumber tambahan serta elaun khas. Ketua Pembangkang berperanan menyuarakan pandangan alternatif semasa perbahasan dasar dan mengetuai usaha menyemak dasar serta tindakan kerajaan.

Beliau berkata Pritam akan terus diberikan sokongan kakitangan dan sumber yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawabnya.
"Saya baru sahaja berbual dengan Pritam Singh. WP menampilkan barisan calon yang kuat dan memberikan saingan hebat dalam pilihan raya kali ini. Saya menantikan sumbangan anggota WP di Parlimen," katanya menerusi satu hantaran di media sosial pada Isnin.
Pritam pertama kali dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020) oleh bekas Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Wong berkata bahawa WP mengukuhkan kehadirannya di Parlimen dengan memenangi 10 kerusi dan memperoleh dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) .
Dalam Pilihan Raya Umum 2025 yang baru selesai, WP berjaya mengekalkan kesemua 10 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lalu -- melibatkan Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Hougang serta Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sengkang dan Aljunied.
Jawatan Ketua Pembangkang, yang diwujudkan secara rasmi pada 2020 disertai dengan keistimewaan dan tanggungjawab tersendiri.
Antaranya termasuk pejabat rasmi di Parlimen, sokongan kakitangan, sumber tambahan serta elaun khas.
Ketua Pembangkang berperanan menyuarakan pandangan alternatif semasa perbahasan dasar, rang undang-undang dan usul, selain mengetuai usaha menyemak dasar serta tindakan kerajaan.
-- BERNAMA
#Singapura #Ketua Pembangkang #Lawrence Wong #Pritam Singh